Saturday, September 19, 2009

~HaRi RaYa.........~


17/9/2009....mak aku dapat panggilan dari kampung...dan diberitahu atuk aku jatuh katil...dan skang berada di hospital selayang di unit ICU..sungguh menyedihkan...bg aku hari raya nie dah kurang serinya...
keadaan atuk aku boleh dikatakan teruk...selain dr jantungnya yg lemah..atuk aku juga mengalami kerosakan buah pinggang...dan kesan dari jatuh katil..peha dibelah kanan atuk aku patah...aduh....aku tak dapat tahan air mata bila aku melawat atuk aku dihospital...mencurah-curah air mata....melihat keadaan atuk aku yang dikelilingi wayar2..disamping pelbagai mesin...
disebabkan tekanan darah nyer yang makin menurun....doktor tidak dapat rawat kaki nya yg patah...so terpakse dibiarkan dulu....Doktor2 pakar sedang cuba sedaya upaya untuk stabilkan keadaan atuk aku...dari 2 dos ubatnya...ia meningkat ke 4 dos...untuk tidak membiarkan atuk aku meronta kesakitan doktor terpaksa memberi ubat tidur pd atuk aku...
kami pulang kekampung beramai-ramai untuk membaca yasin semoga atuk aku cepat sembuh...kami tidak memyambut raya seperti tahun2 yang lepas....tahun nie cukup ringkas..tanpa bergambar beramai2..tanpa dentuman mercun...tanpa gelak tawa....